Sunday, February 7, 2010

Hujung minggu yang meletihkan...........






















Sabtu (6 Feb) - Sekolah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah-rumah Sukan. Jam 7 pelajar dah berkumpul di dewan sekolah. taklimat oleh saya sendiri hingga jam 7.30 pg. &.45 pg kategori LS (Lelaki Senior) dilepaskan. Polis trafik hanya 2 orang dihantar memang tak mencukupi kerana laluan di jalan utama amat sibuk. Kira-kira jam 9 semua peserta menamatkan larian.

Sambil sibuk-sibuk mengurus majlis penutupan, Pasukan Bomba pun sampai sebab ada ceramah dan sesi demonstrasi memadam api. Pelajar berkumpul 9.45 pagi di dewan untuk mendengar ceramah dan seterusnya menyaksikan cara memadamkan api. Pelajar tak dapat menumpukan perhatian kerana masih letih, rasa-rasanya memang tak sesuai aktiviti ini tetapi pengetua punya cadangan mana dapat reject.

Akhirnya jam 1200 tghari majlis bersurai dan pelajar balik.

Belum habis lagi cerita ku ini, jam 2.00 petang bergegas pergi ke dewan MUC di Bandung untuk ikut pertandingan badminton Bumiputera Open, mala Pusingan pertama dijalankan waktu petang, menang. Malam jam 10 main lagi, sekali lagi menang.

Ahad (7 Feb) - Pagi lagi jam 6 ku dah bangun kerana batuk. Jam 10.00 pagi main lagi dan kali ini menang lagi. Jam 2 petang aku dan pasangan beregu aku bertemu dengan juara tahun lepas,...walaupun kalah pada suku akhir, kami berdua memberi saingan yang sangat sengit.

Sangat letih aku malam tu, batuk makin menjadi-jadi.

Isnin (8 Feb) - Hari ini suara ku hilang terus!

Selasa (9 Feb) - MY BIRTHDAY......