Tuesday, May 26, 2009

Berkursus lagi.........

Kali ini berkursus di Paramount Hotel, Mesyuarat Tahunan Dan Ujian Kecergasan Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak Kali Ke-5. Aktiviti padat dengan Mesyuarat Jurulatih dan Ujian Kecergasan. Disamping itu, perancangan aktiviti untuk Cabaran Sarawak juga dijalankan. Malam tadi jam 12.00 malam aktiviti selesai. Sesi soal jawab dengan Tuan Penolong Pengarah Cikgu Abit Hong, amat mendapat sambutan. Para peserta kursus menggunakan kesempatan ini untuk menyuarakan pendapat dan cadangan masing-masing. Tuan P.P. ternyata amat gembira dengan maklum balas dari para peserta walaupun beliau agak kecewa sedikit dengan ketidakhadiran para peserta pada kali ini.
Di antara peserta yang berkursus

Cikgu Morris sempat bergaya untuk blog ku

Monday, May 25, 2009

Lucu juga iklan ni....

Tak juga boring kalau iklan ada kelucuan nyer....

video

Selamat Gawai Dayak

Semenjak balik dari rumah panjang, badan rasa kurang sihat. Mungkin tak cukup tidur kot. Erm....
Batuk makain teruk, selsema lagi. Ubat dah makan dari semalam, macam tak ada kesan jer...
Hari ini pergi berkursus sehingga 29 Mei. Minggu depan Hatri Gawai tapi mungkin kami sekeluarga tak menyambut perayaan ini tahun ini, kalau menyambut pun hanya ala kadar jer..
Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GAWAI kepada rakan-rakan pembaca blog saya yang menyambut Hari Gawai.

Thursday, May 21, 2009

Dedikasi buat nenek ku tersayang

Ruangan ini khas ku tujukan buat nenek tersayang yang pergi pada 22 Mei 2009 / Jumaat / Jam 4.49 pagi.














"Nuan tetap ku kenang belama Inek........"

Pemergian Nenek tersayang

Hari ini saya bertolak dari rumah panjang jam 6 pagi. Lambat sampai di sekolah, malam tadi jam 9.00 malam kami sekeluarga membawa nenek (emak kepada emak) yang tengah nazak ke rumah panjang. Di rumah panjang tak dapat ku lelapkan mata. Berada disamping nenek tersayang buat kali terakhir amat menyayat hati. Sungguh sengsara ku bila hanya dapat memerhatikan nenek ku menghembuskan nafasnya buat kali terakhir disamping kami sekeluarga. Jam 4.59 pagi dia telah pergi buat selamanya. Semoga nenek bahagia di sisi Nya.
Oleh kerana aku tak layak untuk mendapat cuti aku turun juga hari ini, walaupun ku tahu akan lambat sampai di sekolah.
Tapi bila ku fikirkan semula, lebih baik juga nenek ku pergi daripada dia menanggung sengsara. Namun pengalaman ku melihat nenek ku menghembuskan nafas terakhirnya tidak akan ku lupakan sampai akhir hidup ku.
Dengan linangan air mata ini aku ingin tujukan ruangan khas ini buat nenek ku tersayang. Amen.

Tuesday, May 19, 2009

Kayak di Pantai Puteri Santubong, Kuching. (15-19 Mei)

Tuan Odeng memberi tunjukajar melakukan "long shaft".
Pahlawan Pantai Puteri Santubong...

"Long shaft"

Mana kayak nya? Ohw...kayak dalam air kot...

Untuk kenangan
"Tuan Azmi dah buat 'water confident' ke?"

Guung Santubong menjadi saksi

Tuan Fenela melakukan "forward sweep stroke"

Mendengar taklimat kemahiran dari Tuan Odeng

Bergaya kejap dengan kayak sambil mendengar taklimat

Tuan As sedang memeriksa "spray cover"

Ujian saper ketiak paling bau kot...?

Sunday, May 17, 2009

Kayak di Santubong


Berkayak bersama jurulatih Pusat Kokurikulum di Pusat Kokurikulum Santubong, Kuching.

Bertolak petang 15 Mei dari Sibu dan sampai di kuching kira-kira jam 9.30 malam. Driving seorang. Surat tak sampai di sekolah, hanya tahu melalui kawan dan minta Pusat Kokurikulum fax sekali lagi.
So tahun ini tak sambut Hari Guru lah aku....

Monday, May 11, 2009

Dah turun kerja hari ini

Hari pertama turun kerja. Lama dah tak turun ngajar. Seminggu dah. Letih betul....Semalam sampai di Sibu jam 4 petang tepat. Malam ku tidur awal kerana sangat letih. Hari ini pagi-pagi lagi pengetua dah minta ku tolong menyelaras pencalonan Ketua Pelajar.

Saturday, May 9, 2009

Hari ini balik ke Miri

Bas Bintang Jaya yang digunakan oleh kontigen Sibu

Pos kawalan Sg. Tujoh, Kuala Belait

Para pemain dan guru pengiring sempat bergurau walaupun kepenatan


Sempat juga bergambar kat sempadan Brunei

Perjalanan yang agak meletihkan hari ini. Kami berkongsi bas dengan pasukan dari Bintulu manakala sebuah bas lagi yang sama bergerak dengan kami ialah dari pasukan Kuching. Bertolak dari Limbang jam 9 pagi dan sampai di Park Hotel, Miri jam 1.00 petang. Saya "update" blog ni dari hotel.

Friday, May 8, 2009

Majlis Penutupan Bola Sepak 15TKB MSSM Sarawak

Rakan Pengadil dari bahagian lain. Cikgu Sarkarwie (Miri) dan Cikgu Dennis (Mukah) dan aku (Sibu) sempat bergambar waktu majlis penutupan.


Sebelas bahagian dari seluruh Sarawak berkumpul selepas perlawanan akhir. Limbang juara dengan mengalahkan Kuching dengan jaringan 3-0.

Thursday, May 7, 2009

GAMBAR MENARIK 15TKB MSSM Sibu ke Limbang

"Minum apa ko itu....?"

Berehat kejap......bah!

Bergambar di depan Market

Bergambar d hadapan Plaza / Hotel Purnama

Pasar tamu Limbang


Hotel Purnama (Tempat menginap)


Gerai Macam-macam ada! (Ubat tradisional)


Erm....."kayu apa ni ah?"

Hujan lebat di Limbang


John Jampang ( Pertahanan )

Taklimat pemain

Pintu masuk ke Limbang


Bergambar beramai-ramai


Hero Sibu

Pemeriksaan pasport sebelum masuk ke Limbang

Di pos imegresen Kuala Lurah


Que ramai-ramai


Cikgu Stanley dengan peminat-peminatnya...

Dalam bas

Sibu akhirnya kecundang di tangan Limbang....


Finally......
Bukannya pemain tak pandai bermain tetapi pemain Limbang memang layak menang. Kesilapan pemain pertahanan Sibu tidak disia-siakan oleh Limbang..Walaupun bermain dalam keadaan padang yang licin dan berhujan. Sibu hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Namun kekalahan di tangan Limbang dapat diterima oleh jurulatih dan pengurus pasukan Sibu. Cikgu Jelai, Jurulatih Pasukan Sibu menyatakan pasukan Sibu banyak mensia-siakan peluang menjaringkan gol dan lemah untuk menyudahi tendangan dengan jaringan. Namun secara keseluruhannya, beliau amat memuji kesungguhan semua pemain Bawah 15 Tahun atas semangat bermain tanpa menyerah kalah.

Wednesday, May 6, 2009

Pengurus Pasukan Sibu (Cikgu Mohd, Ramlee)

Pengurus cakap nak gambar dia masuk blog ku juga, tu....yang pegang camera sedang berjalan berbaju putih tu...Itulah Pengurus Pasukan kami.

Team Sibu


Team Sibu, dengan Coach Cikgu Jelai dan Cikgu Willy. Pengurus Cikgu Mohd. Ramlee (Bukan P.Ramlee!). Gambar ini diambil sebelum pasukan Sibu menewaskan Sri Aman dengan 1-0. Jaringan yang cantik dari adik Abdul Razif dari luar kotak penalti pada minit ke-62 ketika kedua-dua pasukan ketandusan gol (Skrip ini ditaja oleh pengurus pasukan Cikgu Mohd. Ramlee)...hehehehe

Monday, May 4, 2009

Limbang............

Inilah Limbang, baru jer ku ambik photo ni tadi. Pandangan Limbang dari bilik hotel ku.

Pintu masuk Imegresen Limbang



Dalam perjalanan ke Limbang











Pada 3hb:
6.30 pagi - Bas menjemput kami dari Park Notel Miri
8.00 pagi - Bertolak dari Terminal Bas Miri ke Limbang
1.00 tghari - Sampai di Purnama Hotel, Limbang