Thursday, May 21, 2009

Pemergian Nenek tersayang

Hari ini saya bertolak dari rumah panjang jam 6 pagi. Lambat sampai di sekolah, malam tadi jam 9.00 malam kami sekeluarga membawa nenek (emak kepada emak) yang tengah nazak ke rumah panjang. Di rumah panjang tak dapat ku lelapkan mata. Berada disamping nenek tersayang buat kali terakhir amat menyayat hati. Sungguh sengsara ku bila hanya dapat memerhatikan nenek ku menghembuskan nafasnya buat kali terakhir disamping kami sekeluarga. Jam 4.59 pagi dia telah pergi buat selamanya. Semoga nenek bahagia di sisi Nya.
Oleh kerana aku tak layak untuk mendapat cuti aku turun juga hari ini, walaupun ku tahu akan lambat sampai di sekolah.
Tapi bila ku fikirkan semula, lebih baik juga nenek ku pergi daripada dia menanggung sengsara. Namun pengalaman ku melihat nenek ku menghembuskan nafas terakhirnya tidak akan ku lupakan sampai akhir hidup ku.
Dengan linangan air mata ini aku ingin tujukan ruangan khas ini buat nenek ku tersayang. Amen.