Thursday, April 1, 2010

Gala kokurikulum di Kem Pusat Kokurikulum Bachok, Kelantan

Hai, lama dah tak online update blog ini. Bukan nya apa, agak bz dengan urusan di sekolah. Awal tahun ni banyak sangat aktiviti sekolah yang perlu diuruskan. Pertandingan MSSM pun banyak. Surat-surat banyak perlu diuruskan. Tambahan pula Sukan olahraga antara rumah2 sukan pula berlangsung dua hari.
Dan sekarang, saya berada di Pusat Kokurikulum Kem Tangok, Bachok Kelantan bertugas sebagai guru pengiring kontijen sarawak. Seramai 5 orang peserta tingkatan dari bahagian Sibu menjadi peserta. Bertolak dari Sibu pada 1 April (April Fool) dan sampai di kem ini jam 5 petang lalu. Amat meletihkan. Dahlah tu, duduk tinggal dalam khemah dengan peserta.
Sekarang update blog ini di tepi padang kawad, esok TPM Muhidyin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Sedang berlangsung raptai untuk perasmian berkenaan esok, so ambik peluang untuk update blog.
Terlupa nak cakap, lepas ni balik dari Sarawak terus ke Mukah untuk bertugas sebagai pengurus Pertandingan Bola Sepak L18TKB.