Sunday, April 26, 2009

Being a leader

Semua orang suka jadi ketua, tapi bila sudah ditangan nama sebagai "ketua", ia nya tak seindah mana. Terutamanya apabila staf semua nak bawa kepala sendiri dan mementingkan diri.
Apabila tugasan telah diberi, bermacam2 karenah kita jumpa yang selama ini diluar pandangan kita. Mungkin ini dikatakan cabaran. Belum lagi tu cabaran yang akan datang di masa akan datang.
Bukan nak mengeluh cuma nak bagi tau bagi yang membaca blog ku ini, itulah yang ku hadapi sekarang ini. Namun ku tak pernah kalah dengan semua ini. Anggap ia satu cabaran.....SAPA YANG MENCABAR, KU CABAR DIA BALIK...!

Saturday, April 18, 2009

Selesai semua tugas berat

Merentas desa sudah, Sukan Permainan sudah dan Olahraga juga sudah selesai.........Leganya cuma selepas ini kena balik ke sekolah buat sedikit rombakan tentang guru-guru penasihat

Thursday, April 2, 2009

Merentas Desa

Esok (Jumaat 3 April) sekolah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah-rumah Sukan. Yang pasti nya esok amat meletihkan. Tahun ini semua pelajar diwajibkan mengikuti kejohanan ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas yang mana setiap rumah sukan menghantar 10 wakil bagi setiap kategori.
Semoga semua nya berjalan lancar esok... sekiranya ada ruang akan ku paparkan gambar-gambar dari kejohanan ini.
Minggu depan pula SUKBA (pertandingan sukan dan permainan antara rumah) sebelum pada minggu yang berikutnya diakhiri dengan Kejohanan Olahraga Antara Rumah-rumah sukan.