Wednesday, January 20, 2010

FIRE..............! (21 Januari 2010)











Terkejut...! KEBAKARAN! Pelajar bergegas berlari ke padang terus berkumpul mengikut kelas masing-masing. Guru dan ketua kelas menyemak jumlah pelajar. Fuh...semua pelajar dan guru selamat........



Hehehehe....."fire drill" jer...
Jam 11.05 saya sedang mengajar kelas PJ 4A3 di luar dewan sekolah, latihan kebakaran diadakan. Pelajar semua berkumpul di hadapan pintu masuk sekolah. Tapi pelajar agak perlahan dan tidak mengikut plan yang ditetapkan.
Namun keseluruhannya latihan ini berjaya.

Monday, January 11, 2010

SELASA 12/1

Hari ini sibuk dengan pendaftaran kk pelajar. Taklimat semasa perhimpunan sekolah mengambil masa hampir 30 minit. Perhimpunan hari ini lebih kepada kk.
Pelajar tingkatan 2-5 agak faham bagaimana mengisi borang namun kelas Peralihan perlu penterjemah.
Kecewa juga bila ada guru yang tidak menyediakan peti pendaftaran seperti yang diminta. Agak kasar juga bahasa yang ku guna masa rehat tadi mengingatkan guru penasihat menyediakan peti pendaftaran.
Pemasukan data 10% markah KK belum dimulakan lagi sedangkan tarikh akhir ialah 15 Januari. Setiausaha KK pun sibuk.
Kemudian persiapan untuk olahraga dan merentas desa belum lagi. TENSEN juga. Dahlah kena layan karenah guru-guru yang minta itu minta ini dalam kk.

Saturday, January 9, 2010

Selamat tahun Baru 2010

Bila disebut tentang awal tahun, ramai yang merungut. Kerja-kerja yang perlu disiapkan banyak. Terutamanya Persediaan Mengajar.