Monday, January 11, 2010

SELASA 12/1

Hari ini sibuk dengan pendaftaran kk pelajar. Taklimat semasa perhimpunan sekolah mengambil masa hampir 30 minit. Perhimpunan hari ini lebih kepada kk.
Pelajar tingkatan 2-5 agak faham bagaimana mengisi borang namun kelas Peralihan perlu penterjemah.
Kecewa juga bila ada guru yang tidak menyediakan peti pendaftaran seperti yang diminta. Agak kasar juga bahasa yang ku guna masa rehat tadi mengingatkan guru penasihat menyediakan peti pendaftaran.
Pemasukan data 10% markah KK belum dimulakan lagi sedangkan tarikh akhir ialah 15 Januari. Setiausaha KK pun sibuk.
Kemudian persiapan untuk olahraga dan merentas desa belum lagi. TENSEN juga. Dahlah kena layan karenah guru-guru yang minta itu minta ini dalam kk.