Thursday, April 2, 2009

Merentas Desa

Esok (Jumaat 3 April) sekolah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah-rumah Sukan. Yang pasti nya esok amat meletihkan. Tahun ini semua pelajar diwajibkan mengikuti kejohanan ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas yang mana setiap rumah sukan menghantar 10 wakil bagi setiap kategori.
Semoga semua nya berjalan lancar esok... sekiranya ada ruang akan ku paparkan gambar-gambar dari kejohanan ini.
Minggu depan pula SUKBA (pertandingan sukan dan permainan antara rumah) sebelum pada minggu yang berikutnya diakhiri dengan Kejohanan Olahraga Antara Rumah-rumah sukan.