Wednesday, September 9, 2009

Kerja banyak yang perlu disiapkan

Khamis - Semenjak saya memegang jawatan ini, saya rasa amat sibuk dengan pelbagai urusan. Tidak seperti ketika menjadi guru biasa. Sekarang telah terlibat dengan urusan pentadbiran, bukan jer banyak kerja, malah tertekan kerana terpaksa deal dengan cikgu2 yang banyak berkira.
Cuti pula banyak pula kerja yang perlu dilakukan di rumah. Rasa nya kita hidup untuk tidak berehat. Hari ni ku rasa macam demam jer semenjak pagi tadi dah 3 kali ku menziarahi 'rumah keramat' tu. Sakit sangat perut. Dan sekarang demam pula.
Ohw..ya. Lupa nak cakap, seminggu yang lepas aku 'trade-in' motorsikal ku. Dari Elegan Modenas kepada Yamaha LC135. Dapat juga ku trade in nilai Elegan RM3500 selepas ku berapa kali berbincang dengan taukey tu. Tapi senang betul nak tipu taukey tu dan terus dapat harga tinggi. Hehehehe. Beberapa hari ini ku dah guna motorsikal tu turun kerja. QSR9840. Ada beli 4Digit hari tu, membazir jer tak juga strike (Main sikit jer).
Hari ini payday, kecewa sikit PM Najib tak bagi Bonus, ekonomi tak bagus. Aduh terfikir ku berapa pula interest ASB ku nanti. Kalau dia dapat bagi 8% dah bagus tu. Kalau tak...tak berbaloi lah.