Sunday, November 30, 2008

Xcident!


Nasib tidak ada kecederaan teruk berlaku cuma my car kena masuk workshop hari tu. Hingga hari ini masih di workshop dan dikatakan mungkin 2 bulan baru siap.
That Hilux memang bodoh juga bawa kenderaan. Makan jalan! Terlalu asyik tengok benda lain hingga aku dilanggar.

Hilux tersebut terpaksa menggunakan lorong sebelah kanan kerana ada sebuah kereta Volkswagon parkir di sebelah kiri dan menghalang jalan, so dia bawalah kenderaan guna lorong kanan dan menggunakan lorong saya, so I slow dan stop dengan segera bila nampak dia guna lorong I, tapi kenderaan nya itu tidak balik terus ke lorong kiri selepas melimpasi kenderaan yang dipakir di lorong kiri. Dan dengan segera ku cuba untuk "reverse" dengan segera namun "BANG!" Tak sempat ku. Then driver tu (Tiong) berbangsa Cina keluar dari kereta dan berasa marah pada dirinya. Aku cuba memaksa pintu dibuka dengan keras baru boleh ku keluar dari pintu. "Aiyo! Saya tidak nampak tadi!" katanya. Saya diam aja, "jangan risau saya bayar" katanya.
Bila ku tanya kenapa dia melanggar kereta ku, dia menjelaskan bahawa dia terlalu asyik memandang kereta Volkswagon kuning tu hingga dia lupa masuk balik ke lorong kiri.
Walaupun dia bayar guna Insurans beliau, namun kesusahan bagi ku tetap ada, aku tak punya kenderaan dan kenderaan ku baru agaknya nanti lain keadaan nya selepas kemalangan ini.

Namun ku perlu beryukur tiada apa-apa kecederaan berlaku. Amen.

Lupa Password! Hahahahaha

Lucu betul tapi kenyataan. menyebabkan aku tak dapat update blog ini.

So i akan update my blog mulai esok....banyak perkara nak diceritakan

Thursday, November 13, 2008

Sekolah mula cuti hari ini

Pagi ini perhimpunan hingga 7.30 lepas tu kerja pembersihan.
8.30 pelajar balik.
Kena jaga di pagar lepas ni takut budak buat hal