Aiyo boring nyer kat rumah...tak dapat tengok Astro, apatah lagi RTM atau TV3 atau NTV7! Mana ada aerial tv lagi bila dah ada Astro..... Astro kata 3 hari bekerja baru dia orang hantar yang baru, tu pun kena bayar jugak. Hari bekerja? Isnin cuti umum....erm.... Bukanlah nak kata kaki TV tapi nak tengok berita..........
Nasib tidak ada kecederaan teruk berlaku cuma my car kena masuk workshop hari tu. Hingga hari ini masih di workshop dan dikatakan mungkin 2 bulan baru siap. That Hilux memang bodoh juga bawa kenderaan. Makan jalan! Terlalu asyik tengok benda lain hingga aku dilanggar.
Hilux tersebut terpaksa menggunakan lorong sebelah kanan kerana ada sebuah kereta Volkswagon parkir di sebelah kiri dan menghalang jalan, so dia bawalah kenderaan guna lorong kanan dan menggunakan lorong saya, so I slow dan stop dengan segera bila nampak dia guna lorong I, tapi kenderaan nya itu tidak balik terus ke lorong kiri selepas melimpasi kenderaan yang dipakir di lorong kiri. Dan dengan segera ku cuba untuk "reverse" dengan segera namun "BANG!" Tak sempat ku. Then driver tu (Tiong) berbangsa Cina keluar dari kereta dan berasa marah pada dirinya. Aku cuba memaksa pintu dibuka dengan keras baru boleh ku keluar dari pintu. "Aiyo! Saya tidak nampak tadi!" katanya. Saya diam aja, "jangan risau saya bayar" katanya. Bila ku tanya kenapa dia melanggar kereta ku, dia menjelaskan bahawa dia terlalu asyik memandang kereta Volkswagon kuning tu hingga dia lupa masuk balik ke lorong kiri. Walaupun dia bayar guna Insurans beliau, namun kesusahan bagi ku tetap ada, aku tak punya kenderaan dan kenderaan ku baru agaknya nanti lain keadaan nya selepas kemalangan ini.
Namun ku perlu beryukur tiada apa-apa kecederaan berlaku. Amen.
Hari ini perkhemahan bersepadu masih berlangsung, seramai 108 pelajar boleh tahan nak control. Letih n sleepy jugak mata ni. Tapi apa boleh buat dah tugas.
Boring! So minggu ini tak dapat update my blog sebab bila dah sampai di rumah, letih nak giler! Dahlah ambil paper di PPu jam 6 pagi! Calon sekarang tidak seperti dahulu, arahan "sekarang boleh buka kertas dan mula menjawab" bagi mereka ianya " sekarang boleh mula tidur!"
Hari ini malas sikit kak gawa pengudah ka seminggu cuti raya. Nadai mood amat kak ngajar tang laban ka berunding dah pengawa, ni ko ngau... Pama gak bz minggu tok asai ku, lemai legi meeting, pagila meeting, lusa meeting, 2 hari dah nyak sukan bak stadium. Dahlah question paper bedau tembu! Minggu depan jaga exam PMR di SMK Tung Hua. Mengantok giler jaga exam! What to do!.....
Dari pagi tadi ku rasa kurang selesa selepas sarapan. Perut memulas-mulas, jamban seperti bilik tdo! Kerap dikunjungi. Rasa amat sakit. Dah tu kena demam panas hingga menggigil, makan tak lalu. Nak pegi klinik semua klinik tutup. Akhirnya pegi Supermarket beli ubat. Malam ok sikit.
Pulau Pangkor- satu destinasi yang amat menarik untuk dikunjungi. Ini merupakan pemandangan dari tepi pantai Pulau Pangkor. Amat menarik sekali, gua pegi sana kerana nak tambah kemahiran dalam berkayak. Pengalaman main kayak di Pangkor yang susah nak dilupakan ialah nak buat "Rolling". Masa ujian semua ok. Kalau ada masa nak bawa u pegi sana melancong. Hehehehe
Mr. Rogis Chap rakan ku yang amat baik sekali, terasa sekali pemergian mu. Rakan-rakan mu di sini yang kau tinggalkan dengan beribu kenangan amat terasa kehilangan mu.
Maafkan aku kerana tidak dapat berada di sisi mu ketika kau 'pergi' kerana urusan rasmi.